Posts

Showing posts from July, 2017

Lembu itu suami ku

Image
Kemboja adalah 95 peratus Buddha dan ramai yang percaya jiwa seseorang itu dijelmakan semula selepas kematian,  Hang Khim, 74 tahun percaya anak lembu berusia 5 bulan adalah suaminya yang telah meninggal dunia dan dilahirkan kembali menjadi lembu. Hang Khim berkata: "Saya percaya anak lembu adalah suami saya kerana apa yang lembu itu lakukan adalah sama seperti yang dilakukan suami saya semasa beliau masih hidup." Anak lembu ini diberi makan, dibasuh dan tidur di katil bersamanya, dia berjanji akan menjaga lembu itu sepanjang hayatnya.

Kasih anak. Kisah dua kanak-kanak lelaki Thai berbasikal 5 jam untuk melawat ayah di penjara.

Image
Dua adik-beradik yang berasal dari perkampungan Si saket Thailand, sanggup mengayuh basikal selama 5 jam kerana merindui bapa mereka di penjara. Bapa mereka yang berada di penjara Dearah kantharalak Thailand. Malangnya usaha mereka sia sia kerana hari Ahad bukan hari melawat. Kisah mereka dikongsi di Facebook oleh seorang pengawal penjara, Apichai Manthong. beliau mengatakan  kedua-dua kanak-kanak lelaki berbasikal 50 kilometer untuk melawat bapa mereka di hujung minggu. Kanak-kanak lelaki dibawah usia 10 tahun itu bertolak dari rumah 7.30 pagi dan tiba di penjara pada pukul 12.10 tengah hari. Telipon bimbit mereka jatuh semasa dalam perjalanan. Mereka tidak ditemani oleh ibu mereka, kerana ibu mereka berada di Bangkok dan mereka tinggal dengan nenek mereka. Apichai tidak dapat membenarkan kanak2 tersebut melawat bapa mereka, tetapi membawa mereka ke pejabat pentakbiran dan kanak2 tersebut gembira bila mengetahui bapa mereka akan dibebaskan tidak lama lagi. Api...