Kasih anak. Kisah dua kanak-kanak lelaki Thai berbasikal 5 jam untuk melawat ayah di penjara.
Dua adik-beradik yang berasal dari perkampungan Si saket Thailand, sanggup mengayuh basikal selama 5 jam kerana merindui bapa mereka di penjara.
Bapa mereka yang berada di penjara Dearah kantharalak Thailand. Malangnya usaha mereka sia sia kerana hari Ahad bukan hari melawat.
Kisah mereka dikongsi di Facebook oleh seorang pengawal penjara, Apichai Manthong.
beliau mengatakan kedua-dua kanak-kanak lelaki berbasikal 50 kilometer untuk melawat bapa mereka di hujung minggu.
Kanak-kanak lelaki dibawah usia 10 tahun itu bertolak dari rumah 7.30 pagi dan tiba di penjara pada pukul 12.10 tengah hari. Telipon bimbit mereka jatuh semasa dalam perjalanan.
Mereka tidak ditemani oleh ibu mereka, kerana ibu mereka berada di Bangkok dan mereka tinggal dengan nenek mereka.
Apichai tidak dapat membenarkan kanak2 tersebut melawat bapa mereka, tetapi membawa mereka ke pejabat pentakbiran dan kanak2 tersebut gembira bila mengetahui bapa mereka akan dibebaskan tidak lama lagi.
Apichai kemudian memberikan wang kepada mereka untuk mereka membeli makan tengah hari dan memberikan air sebelum kanak kanak tersebut mengayuh 5 jam untuk kembali ke rumah nenek mereka. Selain Apichai rata rata ramai yang tersentuh dengan kasih sayang yang di tunjukkan oleh dua beradik itu terhadap bapa mereka.
Comments
Post a Comment