LELAKI MABUK DI ROMPAK DAN DI CABUL OLEH SEORANG LELAKI GAY

Pihak berkuasa tempatan di Liuzhou, Guangxi. China, telah menahan seorang lelaki  kerana mencabul dan merompak seorang lelaki yang mabuk tak sedarkan diri yang sedang tidur di sebuah bangku tempat awam.

Mangsa, yang diberikan nama samaran A'Jun oleh polis, mendapati poketnya kosong dan zip seluarnya terbuka apabila dia terjaga.   

Apabila dia melaporkan kejadian itu kepada polis, polis segera memeriksa CCTV yang terletak di kawasan berkenaan untuk melihat apa yang terjadi semasa  A'Ju sedang tidur.

Dalam rakaman CCTV, A'Jun dapat dilihat memasuki kawasan sekitar jam 2 pagi dan baring di sebuah bangku.

Pada sekitar pukul 4:30 pagi, seorang lelaki  mendekati A'Jun dan mengamati persekitaran untuk memastikan tiada siapa di sekelilingnya, selepas itu lelaki itu kemudiannya mulai membuka seluar A'Jun.





Lelaki itu kemudian, mengoncangkan alat sulit dan melakukan blowjob pada A'jun. Dalam kejadian, A'Jun dilihat langsung tidak sedarkan diri. 





Apabila dia selesai, lelaki itu merampas dompet A'Jun dari saku dan telefon pintar yang jatuh dari saku A'Jun sebelum melarikan diri.

Klip dari rakaman pengawasan tersebut dikongsi di platform media sosial China. Video itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang ditemui di sebuah hotel kira-kira 200 meter dari kawasan A'Jun di cabul.

Suspek, yang digambarkan sebagai lelaki gay yang berumur kurang dari 30 tahun, telah mengaku melakukan jenayah itu, dia menjelaskan bahawa dia tertarik dengan ketampanan A'Jun. Dia juga mengakui mencuri 600 yuan dan kad pengenalan A'Jun sebagai cenderahati tetapi berkata dia sudah melemparkan dompet itu.
Walaupun tiada dakwaan telah difailkan terhadapnya, lelaki itu masih berada dalam tahanan polis.

Comments

Popular posts from this blog

PELANCONG IRISH DI ROGOL OLEH ORANG-UTAN

ADAKAH BILL COSBY AKAN DIPENJARAKAN KERANA SERANGAN SEKSUAL???